Latest topics
» Bio payah tadi! T.T
Wed Nov 03, 2010 5:48 pm by TaZy

» Themes For Iphone (updated)
Tue Nov 02, 2010 6:18 am by TaZy

» Baginda Sultan kurang senang keadaan SMAS
Tue Nov 02, 2010 6:04 am by TaZy

» Photoshop Toolbox Explained
Tue Nov 02, 2010 5:56 am by TaZy

» Aku stress pasal EXAMS!
Mon Nov 01, 2010 5:59 pm by TaZy

» PhotoSpeak 3.2
Mon Nov 01, 2010 2:58 am by TaZy

» Ben 10 MouthOff 1.0.3
Mon Nov 01, 2010 2:54 am by TaZy

» Installous 3.3.3
Mon Nov 01, 2010 2:45 am by TaZy

» iPhone iPod touch Cracked Application by Adeel
Mon Nov 01, 2010 2:35 am by TaZy

Shopmotion


Affiliates
free forum
 

Baginda Sultan kurang senang keadaan SMAS

View previous topic View next topic Go down

Baginda Sultan kurang senang keadaan SMAS

Post by TaZy on Tue Nov 02, 2010 6:04 am


Baginda Sultan menunjukkan keadaan besi pengadang keselamatan yang rosak semasa berkenan melakukan lawatan mengejut ke Sekolah Menengah Awang Semaun semalam. - Gambar Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Sekolah Menengah Awang Semaun (SMAS) hari ini menjadi perhatian apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan lawatan mengejut ke sekolah yang berusia 27 tahun itu.

Terletak di Kampung Sungai Kebun, bersebelahan Sungai Brunei, kedudukan SMAS agak terlindung dari pandangan pusat Bandar. Ia juga merupakan satu-satunya sekolah menengah yang ada di kawasan Kampung Ayer.

Seorang guru memberitahu Media Permata bahawa sekolah itu sebenarnya begitu dekat dengan Bandar Seri Begawan dan perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

"Sekolah itu juga dikelilingi oleh hutan bakau. Gabungan alam semula jadi dan landskap manusia sangat berkait rapat menjadikan sekolah itu mempunyai eko-sistem yang menarik," kata Hajah Kamsiah Haji Muhammad Yussof dalam laman web rasmi SMAS.

Perhatian Baginda Sultan bagaimanapun beralih daripada keindahan semula jadi persekitarannya kepada keadaan yang dianggap "kurang menyenangkan" di situ seperti kerosakan besi pengadang keselamatan, siling bilik darjah yang berlubang, kepala paip rosak di bilik makmal sains dan laluan jalan kaki yang retak.

Baginda Sultan kurang senang dengan keadaan bangunan dan premis sekolah berkenaan. Baginda menghabiskan masa sekitar sejam di SMAS bertanyakan soalan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru mengenai pelbagai perkara seperti kekurangan buku-buku teks, kemudahan yang mencukupi, keadaan kawalan dan keselamatan di kawasan sekolah.

Semasa melakukan lawatan ke sekolah berkenaan pada 6 Ogos 2007, Baginda Sultan mendapati keadaan stadium mini dan padang bola sepak di sekolah itu dalam keadaan kurang memuaskan.

Baginda Sultan juga bertanyakan sama ada perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan bilakah ia dilaporkan.

Pada masa ini, SMAS mempunyai 1,178 pelajar dari Tahun Tujuh hingga ke Tingkatan Lima (Tahun 12), dengan 17 blok bangunan kesemuanya. Ia termasuklah blok pentadbiran, bilik sastera, kantin, blok sains rumah tangga, bilik stor, makmal sains, makmal bahasa Inggeris, bilik komputer, surau, bilik geografi dan lebih kurang 60 buah bilik darjah.

Terdapat juga dua blok berasingan bagi pertukangan kayu dan lukisan teknikal.

Baginda Sultan telah berkenan meninjau hampir ke semua blok di sekolah berkenaan sambil diiringi oleh Menteri Pembangunan Pehin Dato Seri Setia Haji Suyoi Haji Osman dan pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

___________________________________________________
iTazy -- The Administrator -- Cool

TaZy
Admin
Admin

Posts : 53
Points : 45616
Join date : 2010-03-04
Age : 22
Location : Brunei Darussalam

View user profile http://9sc1.findtalk.biz

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum